Assalamualaikum dan Salam 1 Gamer,
Rakan2, abang2, kakak2 yang berada diluar sana serta tak lupa rakan2 gamers di serata pelusuk dunia..Tak kiralah yang berada di Ugley ke,Pity Me ke, Nothing ke, Warong Pak Ali ke ( p/s : wujud tempat ni, xpercaya try google )
Tak lupa juga kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai dunia gaming, anda dipersilakan.
Alhamdulillah, blog ini saya buat atas dasar minat saya yang sangat mendalam, lebih dalam daripada laut dalam, terhadap gaming dan juga seni penulisan. Gabung dua2 minat jadilah Blog KauAkuGamer.
InsyaAllah, didalam blog ini saya akan bersama2 dengan anda untuk berdiskusi dan berbincang tentang perkembanga game2 yang sedia ada mahupun masa depan dunia game itu sendiri..*ceewah*
Mesti ramai orang tertanya2, macam mana boleh pilih nama KauAkuGamer ni? haa, dah agak dah mesti nak tanya. Nama KauAkuGamer ini dipilih kerana 'KauAku' itu sendiri menunjukkan bahawa semua orang boleh menjadi gamer.
Tak kisahlah maklong, paklong, engineer, doktor, usahawan, uncle jual roti canai kuah banjir, semua boleh menjadi gamer.
Syaratnya senang ja, perlu meminati dan berkeinginan untuk bermain game.. Tak kisahlah nak main game Ultraman ke, Batman ke, Biawakman ke, janji game.
KauAkuGamer ini secara ringkasnya sebagai medan percambahan ilmu2 gaming disamping sebagai padang pertemuan antara gamer2 sedunia.
InsyaAllah, dengan berbekalkan semangat yang berkobar2 dan kuih karipap 50sen yang dibeli di Warong Pak Ali, blog ini akan menjadi wadah perbincangan berkaitan game dari semasa ke semasa.
Harap kita dapat berkenalan dengan lebih rapat di masa depan, rakan2 gamerku sekalian! =)
Stay tune and happy gaming!
Salam 1 Gamer,
Gamer Out!
