Pengenalan dan Sejarah
Permainan Video
Assalamualaikum dan Salam 1 Gamer sekalian!
Alhamdulillah, bertemu lagi kita di warong kopitiam kita ni..Alang2 hirup kopi tu mai kita sembang2 sikit..
Baru2 ni masa tengah menonton tv, terfikir lah plak.. Nak buat post apa ni.. Fikir punya fikir, alkisah teringatlah satu pepatah Melayu mengatakan tak kenal maka tak cinta. Try fikir, apalah kaitan pepatah ni dengan blog post ni. haha..
Tiba2 ada la ilham untuk tulis berkaitan apa sebenarnya permainan video ni.
Dengan semangat yang terlebih jitu, kalau nak main game mestilah kena kenal dulu game tu apa,, baru main tu rasa macam gamer sejatikan?? (yelah tu) haha..
Jadi, insyaAllah blog post hari ni saya kongsikan atau berdiskusi tentang persoalan "Apakah itu game/video game/permainan video?" dan seangkatan dengannya..
So, let's check it out!
Apakah itu Permainan Video?
Menurut sumber tidak berbayar Mr. Wikipedia, permainan video ini dapat ditakrifkan sebagai ' permainan elektronik yang melibatkan tindak balas antara muka pengguna (user interface) untuk menghasilkan maklum balas visual di sebuah peranti video'.
Maksudnya disini, permainan video ini memerlukan tindakbalas dan reaksi daripada pengguna atau gamer tu sendiri untuk menggerakkan sesuatu game tersebut.
Logiklah jugakkan, kalau kita buat nak buat something even bukan kepada game pun, kitalah yang kena bertindak dulu. Bukan 'dia' yang kena start dulu semua. *Dah macam robot takeover dunia plak,beep2.. haha.. Tapi itu mungkin boleh terjadi jikalau ianya telah diprogramkan terlebih dahulu.
Dalam game Call of Duty contohnya, pemain boleh memilih sendiri samada mahu menembak atau tidak. Tak mau tembak langsung pun boleh tapi alamatnya 'KO' lah. haha.. Jadi begitulah yang dimaksudkan dengan penghasilan maklum balas visual memerlukan tindak balas antara muka pengguna.
Hmm, video game ni semuanya nak main dekat mana ya? Haa, kalau korang nak tahu, video game ni perlu dimainkan melalui satu sistem elektronik yang dinamakan platform.
Contoh platform yang sedia ada sekarang seperti PC ( bahasa org kampung, Personal Computer), konsol permainan video tu macam Xbox360, Sony Playstation dan seangkatan dengannya. Hari tu ada orang tanya, platform macam dekat airport tu boleh tak? Hampa rasa? haha..
Kalau nak main game melalui PC, anda perlu mempunyai tetikus atau papan kekunci atau kedua2nya bergantung kepada keperluan game itu sendiri. Kalau nak main melalui konsol, bolehlah prepare kayu ria atau dalam bahasa kampungnya joystick.
Sebenarnya, banyak lagi sebenarnya peralatan2 lain yang boleh ditambah kepada platform kita untuk menambahkan lagi perisa gaming tu sendiri.
Haa.. Contohnya macam HMD atau nama panjangnya head-mounted display yang akan membawa anda jauh mengembara ke dunia maya VR (Virtual-Reality). So, lepas ni tak payah dah pergi rumah hantu, pakai yang tu confirm malam tu tidur buka lampu. haha..
Sebenarnya banyak lagi peralatan2 yang boleh dipasang di platform anda untuk memberi kepelbagaian lagi dalam gaming experience anda. Pilih ja, semua ada!
Sejarah Permainan Video
Menurut sumber, sejarah permainan video ni bermula pada tahun 1947 apabila Thomas T. Goldsmith Jr. dan Estle Ray Mann yang ingin memfailkan paten terhadap sebuah Peranti Hiburan Tiub Sinar Katod atau nama glamornya Cathode Ray Tube Amusement Device.( tahukan cathode tu apa, kan dah belajar)
Mendapat idea daripada radar, ia terdiri daripada peranti analog yang membolehkan pengguna mengawal sebuah lukisan vektor di atas skrin untuk mensimulasikan sebuah peluru berpandu dilancarkan terhadap sasaran, yang dilukis di atas skrin.
Terdapat pelbagai lagi contoh awal yang lain seperti :
- OXO,
sebuah permainan komputer tic-tac-toe (1952)
- Komputer NIMROD
- Spacewar!, menggunakan sebuah computer DEC PDP-1 (1961)
- Tennis for Two, direka oleh William Higinbotham (1961)
- NIMROD menggunakan sejenis panel lampu untuk bermain Nim.
- OXO menggunakan paparan grafik untuk memainkan tic-tac-toe
- Tennis for Two menggunakan osiloskop untuk pandangan sisi sebuah gelanggang tenis.
- Spacewar! menggunakan paparan vektor DEC PDP-1 untuk paparan pertarungan 2 kapal angkasa.
Melihat kepada kejayaan Pong, syarikat lain tertarik lalu membangunkan klon Pong dan system permainan mereka sendiri yang akhirnya mencetuskan industri permainan video sehingga ke hari ni. Bagus tindakan pakcik2 tu. Kalau tak, tak akan ada lah permainan video macam sekarang ni kan.
Begitulah ceritera2 yang dapat saya kongsikan kepada anda tentang apa itu permainan video dan sejarah permainan video atau nama glamornya video game.
Haa, sekarang dah kenal, bolehlah bercinta dengan gamekan bak kata tak kenal maka tak cinta. Haha.. At least, kita tahulah serba sedikit tentang perkara disebalik perkara yang kita minati. (kan?) Oklah gamers, jumpa lagi lain kali dan stay tune, guys!
Stay tune and happy gaming!
Salam 1 Gamer,
Gamer Out!

